DEFINISI
Makmal Perubatan Klimer Pathology telah mula beroperasi pada
tahun 2012, dengan kemasukan dua orang Juruteknologi Makmal Perubatan sehingga
sekarang.
Tujuan Makmal Perubatan Klimer Pathology ini ditubuhkan
untuk membantu Pegawai Perubatan dalam diagnosis penyakit, penentuan punca
penyakit, cara kawalan dan penyembuhannya dibawah pengawasan Dr. Wan Zulkhairi
Bin Wan MD Zain .
Sejarah
Makmal Klimer Pathology ditubuhkan pada 15 Jan 2012,dan telah menjalakan operasinya yang diterajui oleh Dr. Wan Zulkhairi Bin Wan MD Zain (Medical
Doctor (MD), University Sumatera Utara ( USU) 2003).
Makmal Perubatan Klimer Pathology juga beroperasi di bawah
Klinik Primer yang mana mempunyai 13
cawangan di seluruh Kelantan.
Lokasi
Makmal Klimer Pathology
berada ditingkat atas bangunan Klinik Primer Lubok Jong atau dikenali Bandar Baru Pasir Mas di tepi
jalan utama yang menghubungkan antara kawasan bandar Pasir Mas lama dengan Rantau Panjang
Alamat Makmal Klimer Pathology
KLIMER PATHOLOGY LABRORATORY
PT 9577 Tingkat 1, Taman Jaya
Damai,
Kg Lubok Jong, Mukim Apam,
17000, Pasir Mas Kelantan.
Tel : 09-791 7122 / 013-996 7122
Waktu beroperasi adalah:
ü
Sabtu-Khamis
8.00am.-5.00pm.
ü
Jumaat- Cuti
Pada hari cuti am, makmal perubatan Klimer Pathology akan
terus beroperasi seperti waktu operasi seperti diatas. Pada masa hadapan waktu
operasi mungkin akan beroperasi setiap hari dan waktu makmal beroperasi di
panjangkan atau akan beroperasi selama 24 Jam.
Makmal perubatan Klimer Pathology akan memaklumkan kepada semua yang
berkaitan sebelum memulakan perubahan perkhidmatan.
Perkhidmatan Yang
Diberikan
-Pemeriksaan Kesihatan (General Screening)
-Ujian darah, ujian Urine, ujian Stool dan juga lain-lain
ujian bagi membantu Pegawai Perubatan mendiagnosis penyakit.
Antara ujian yang
ditawarkan sekarang
Liver Function Test(LFT)
Renal Function Test(RFT)
Lipid Profile(LP)
BUSE(Blood,Urine,Serum,Electrolyte)
Urine FEME(Full Examination and Microscopy Examination).
Saringan Malaria
Ujian Hepatitis (antibody / antigen)
Ujian Denggi
Ujian Drug
Full Blood Counts (FBC)
Untuk menyediakan perkhidmatan diagnosis penyakit yang tepat , cepat dan dipercayai untuk
membantu pegawai perubatan merawat
pesakit dengan mencapai hasil rawatan yang berkualiti tinggi
dengan bantuan teknologi terkini dalam pengurusan semua diagnosis.
MISI
Sentiasa Memantap & Mempertingkatkan Kualiti Semasa
Perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit, klinik-klinik dengan kos yang berpatutan.
Objektif
Memberi khidmat
diagnosis yang komprehensif merangkumi penentuan penyakit, dalam membantu
pegawai perubatan untuk memberi rawatan dan rehabilitasi kepada semua pesakit
yang mempunyai masalah kesihatan dalam usaha pencegahan awal penyakit yang membawa risiko
kepada pesakit.
-Biokimia cormay Accent
200 yang boleh run semple 200sampel/jam.
-Mesin Mythic 18 untuk Full Blood Count(FBC)
-Mesin Lytic untuk BUSE
-Urine Chemistry Analyzer
-Microscopic test
-Mempunyai System
Trace Result melalui online (http://klimerpathologylaboratory.com/app/?page=home)